Pedoman Lelaki Muslim Mencari Wanita Solehah
Sahabat yang dimuliakan Allah,
Setiap makhluk diciptakan Allah
berpasang-pasangan. Begitu juga Allah s.w.t. menciptakan manusia ada lelaki dan
wanita. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.Oleh itu Islam
menggalakkan umatnya mengikat tali perkahwinan yang sah supaya akan melahirkan
zuriat keturunan. Nabi s.a.w merasa bangga apabila melihat umatnya ramai di
hari akhirat nanti, berbondong-bondong masuk ke Syurga. Perkahwinan adalah
Sunnah Nabi s.a.w dan baginda tidak mengaku sebagai umatnya apabila ada di
kalangan mereka enggan berkahwin tanpa mempunyai alasan yang dibenarkan oleh
syarak.
Persoalannya adalah bagaimana
seorang Muslim dapat mengenalpasti ciri Muslimah sebelum nikah, kerana ia
diperintahkan untuk menundukkan pandangan (shaddul bashar) terhadap wanita?
Seorang yang soleh akan tetap menjaga ketinggian akhlak dan mengelakkan
perhubungan yang tidak diizinkan syarak.
Berikut adalah antara perkenalan
yang perlu dan cara pendekatan yang dapat dilaksanakan :
1. Mengetahui akhlak dan tingkahlaku
Muslimah dalam kehidupan harian.
Kehidupan harian yang dilalui setiap
individu yang beriman dan beramal soleh digambarkan melaliu ciri-ciri berikut
iaitu :
a. Ibadah yang khusyu’
b. Berpakaian menutup aurat yang
sempurna.(menutup seluruh tubuh melainkan muka dan dua tapak tangan).
c. Cara percakapannya tidak
dibuat-buat (mengada-ngada).
d. Menjaga pandangannya (tidak
melingas matanya memandang, terutamanya melihat pemuda yang bukan mahramnya).
e. Bergaul dengan semua muslimah
(tidak membataskan pada kriteria fizikal, seperti bergaul hanya yang sesama
berbusana tertentu) dengan akhlak yang karimah.
Pengamatan ini boleh dilakukan
melalui pertanyaan kepada siapa yang mengenalinya.Harus diingat bahawa
pengamatan ini hendaklah dilakukan dengan cermat, jangan sampai diketahui oleh
Muslimah itu, bahawa ia sedang diperhatikan, kerana ini akan menyebabkan salah
tingkah atau tindakannya jadi tak natural(bersahaja).
2. Melihat keadaan rumah tangga
keluarga wanita,
Hal ini adalah dibolehkan, semasa
bertunang. Ia dapat dilakukan semasa menziarahi kedua orang tua kepada wanita
yang dipinang. Ketika ini juga ia boleh menanyakan lebih lanjut mengenai wanita
itu pada ahli keluarganya. Biasanya jika ia berasal dari keturunan yang baik
dan taat agama akan melahirkan wanita yang solehah. Tetapi, harus juga diingat
ada juga wanita solehah yang berasal dari keluarga yang kurang taat pada ajaran
agama.
3. Bagi lelaki Muslim yang memahami
bahawa tanggungjawab terhadap agamanya tidak dipisah dengan usaha dakwah dan
merasakan tidak mencukupi melalui dua perkenalan di atas, maka eloklah ditinjau
juga setakat mana penglibatan wanita itu dan peranannya dalam kegiatan dakwah
Islam.
Bagi ibu bapa yang baik dan taat
beragama, dasar pemilihan dan urusan jodoh anaknya berdasarkan agama yang
utama. Namun bagi yang lalai dan silau dengan kilauan harta dan pangkat dunia
faktor agama bukan lagi neraca pertimbangannya. Penjodohan dengan dorongan
aspek duniawi sangat menyalahi ajaran Islam dan wajib ditolak.
Sekiranya ibu bapa kita tergolong
dalam golongan yang tidak menjadikan nilai agama sebagai tunggak dalam
perjodohan anaknya maka adalah wajar mendapatkan bantuan mereka yang membimbing
dalam pendidikan Islamnya sebagai orang tengah. Melalui kaedah ini adalah lebih
baik dan terpelihara dari unsur kerosakan akhlak seperti percintaan sebelum
pernikahan yang mendekati zina (bertemu janji berdua-duaan sebelum pernikahan).
Menurut al-Qur’an, wanita ideal
mempunyai kriteria adalah seperti berikut :
Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud, “… Wanita yang baik (solehah)adalah yang taat kepada Allah
lagi memelihara diri di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara
mereka.” (Surah An-Nisa’ ayat 34)
Seorang Mukmin yang benar-benar taat
pada Allah s.w.t. tidak akan mengambil mudah soal jodoh, dengan kata-kata ‘kita
kawin dulu, nanti kita tarbiyyah kemudian’.Perlu diingat apabila sudah
berkahwin dan mempunyai anak kadangkala tidak ada masa untuk mendidik
isteri,dan isteri pula enggan menghadiri majlis ilmu dan kemungkinan kemampuan
suami pula tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk mentarbiyah isterinya,
akhirnya hajat yang awal ingin membina rumah tangga Muslim kecundang ditengah
jalan.Oleh itu pemilihan berdasarkan agama (wanita solehah) adalah amat
penting, lebih penting dari kecantikannya, hartanya atau kerjayanya.
Setiap wanita pula perlulah
mempersiapkan diri mereka untuk menjadi wanita solehah samaada yang belum
berkahwin atau yang telah bersuami. Kerana sesungguhnya sebaik-baik perhiasan
dunia adalah wanita solehah. Di akhirat nanti wanita yang solehah di dunia ini
apabila ia dimasukkan ke dalam Syurga, kedudukannya lebih cantik dan mulia
daripada bidadari Syurga. Seandainya kedua-duanya suami dan isteri yang soleh
dan solehah, andainya mereka dapat memasuki Syurga mereka akan di nikahkan
semula oleh Allah s.w.t. di Syurga dan ini adalah kenikmatan yang tidak ada
tolok bandingnya.
terima kasih... by you all
terima kasih... by you all

Bagi aku, aku tak kesah perempuan tu betudung ataupun tak tapi aku kesah kalau dia berpakaian seksi or mewarnakan rambut..
BalasPadamerm.. rugi2 tau
Padamterpulang la... tapi saham dosa isteri terkumpul pda suami...
mcm mane nk jdi keluarga yg diredia ALLAH s.w.t
tanggunjawab suami.. nnti at akhirat kelak ALLAH akan tanya...
sehelai rambut isteri satu dosa... banyangkan la.... berape dosa ... suami yg perlu tanggunjawab